, , , ,

Tips untuk banyakkan susu ibu

Saturday, May 07, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama saya tak menulis. Hari ni tiba-tiba sampai seru untuk share ilmu dengan kawan2 semua. Saya ni bukan lah pakar laktasi tapi saya seorang ibu yang menyusukan anak. Sekarang anak no 2 saya dah berumur 8 bulan dan masih fully breastfeeding. Alhamdulilllah...semoga Allah memudahkan perjalan penyususan saya ni.

Hari ni saya nak share tips untuk banyakkan susu badan. Ada kawan2 saya yang kadang2 risau bila susu badan makin berkurangan. Ada juga yang runsing bila stok EBM makin sikit. mungkin pengalaman saya sendiri boleh membantu untuk menyelesaikan masalah2 kawan2 saya.


Ada beberapa faktor yang berhubungkait dengan penghasilan susu badan.  Antaranya adalah:


1. Gaya kehidupan seharian
2. Pemakanan ibu
3. Kuantiti minum air kosong dalam 1 hari
4. Emosi ibu
5. Kesihatan ibu

Ada sesetengah yang beranggapan pengambilan suplemen boleh menyelesaikan masalah susu merudum. Sebenarnya pengambilan suplemen mampu melengkapkan nutrisi dalam badan ibu dan meningkatkan taraf kesihatan ibu, seterusnya membantu untuk menambahkan penghasilan susu badan ibu itu sendiri.

Jom saya nak share beberapa tips untuk banyakkan susu ibu.

Tips untuk banyakkan susu ibu:

1. Tambahkan kekerapan mengepam atau direct feeding. Ikut kesesuaian masa ibu.

2. Lakukan power-pumping. Power pumping lebih efektif jika dibuat pada waktu tengah malam hingga sebelum subuh. Pada waktu ini hormon prolaktin lebih tinggi.

3. Pastikan bayi menyusu kedua-dua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri. Boleh tambah sesi mengepam 5-10 minit selepas bayi menyusu untuk tujuan stimulasi.

4. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi protein. Tahukah anda protein dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan diserap badan berbanding protin dari unsur seperti ayam daging ikan yang mengambil masa berjam2 utk terurai. Jadi pemilihan protin soya yang berkualiti tinggi amat digalakkan.

5. Banyakkan minum air kosong. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

6. Banyakkan berehat. Ibu perlukan rehat yang secukupnya untuk mengelakkan rasa letih ketika direct feeding atau pun ketika mengepam.

7. Jangan skip makan. Ada sesetengah ibu yang nak berdiet ketika menyusukan bayi. Ada cara yang betul untuk diet ketika menyusukan bayi.

8. Kekal ceria dan senyum selalu. Pengeluaran susu akan meningkat jika ibu sentiasa happy.

9. Minum susu. Jika ibu jenis yang tak minum susu boleh ambil pil kalsium.

10. Mengambil suplemen penyusuan SHAKLEE. Hingga sekarang saya masih amalkan suplemen SHAKLEE untuk penyususan. Berikut adalah beberapa suplemen yang saya ambil.

 

-ESP - ESP memang akan bagi saya rasa kenyang, maklumlah, kita menyusu memang cepat lapar kan. Tapi dengan ESP, alhamdulillah boleh tahan lapar dan bertenaga. 


- Ostematrix - pula sebagai pengganti kepada susu yang saya perlu minum setiap hari. badan kita perlukan 1000mg kalsium sehari, inikan pula kita tengah menyusu, lagi la tulang kita perlukan lebih kalsium. Kesan kurang kalsium memang tak nampak sekarang, tapi dalam jangka masa panjang, kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah tulang rapuh, gigi cepat tanggal dan osteoporosis. 


- B complex - boleh elakkan stress. Kita menyusu ni tak boleh stress, nanti susu tak ada. Jadi, b complex memang sangat membantu. 


- Vitamin C - vitamin C membantu untuk tingkatkan daya imunisasi badan saya dan anak. Elak selesema dan demam, kalau kene pun, tak lama la. Memang rasa lain ambil vitamin C Shaklee, muka pun tak kusam. 


- Lechitin - lecithin pula saya ambil untuk elakkan bengkak susu dan lancarkan pengaliran susu. Sebab lechitin akan hancurkan lemak-lemak.
Berminat dengan set penyusuan SHAKLEE? Boleh hubungi saya di 019-2649982 (Pn. Suhana)

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

recent posts